15.12.09

semangat awal Muharram

salam maal hijrah (awal muharram) 2 ari je lagi utk semua ummah..
dalam dok teringan lagu maal hijrah yang den selalu dongar dr kocil,

1 muharram detik permulaan,
penghijrahan kaum islam hijrah,
perpindahan Nabi dan ummat Islam dari kota Mekah ke Kota Madinah,
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu,
rela berkorban harta dan nyawa demi menegakkan Islam tercinta....

ermmmm bila sampai je rangkap nie den terus terkedu?? kenapa??
apa yg terlintas di kepala den bilo sampai kat rangkap nie ialah antara PAS & UMNO...
nape mereko2 nie taknak jadi mcm kaum Muhajirin & Ansar?
kenapa ek mereka nie tak boleh jadi mcm tu,demi menegakkan Syiar Islam yang hakiki?
den tak la mengatakan UMNO tu semua betul dan semuanya salah,begitu jugak dengan PAS.semuanya ada kebaikan dan ader keburukan..cuma sejak slps PRU12 nie den dah kurang cikit dengan cara politik PAS.

sekarang nie mcm isu dibangkitkan dari segi politik,ketuanan melayu, institusi Di Raja dan sebagainya lagi.. apa yang pasti imej dan kreadibiliti kita sebagai bangsa melayu dan berugama Islam makin diinjak2 dan dipandang sepi.. nampak sangat DAP nya ahli semakin mengada2,kata orang tua2 ""kaduk naik junjung"" & ""bagai kera dapat buga""..ahli politik PAS pula dah jadi ""kera dihutan disusukan,anak dirumah mati tak makan""..yang UMNO pulak ""dah bagi betis,nak dibaginya peha pulak""

UMNO :
- sepatut buat je macam zaman Tun Che Det..kau nak mintak kau boleh mintak,kau menyalak la tp jgn samapai melampaui batas. den masih ingat masa tu ada satu kumpulan NGO Cina Si QWue ke ape den pun dah lupo.macam2 yang dia mintak itu ini.Tun buat tak layan jer sampai mereka nak wat demo kat Putrajaya,datang berbas-bas..Tun bagi wakil masuk slpas tu bilo wakil2 nie keluar senyap sunyi semuanya.xdo tuntut itu dan ini.dan tiada pulak apa-apa perubahan pada dasar kerajaan...apo yang nak den tekan kan disini ialah ketegasan Tun mempertahan kan hak kita sebagai bangsa asal bersama orang asli.. walaupun Tun dituduh macam2 tp den menyanjunginya sebab memang menjaga orang melayu sebaiknya,,cuma bangsa kita nie jenis melayu mudah lupa.. jadi pada pm najid kene la gunakan budibicara yang kasar untuk menilai semua isu yg menyentuh sensitiviti melayu..

PAS :
-tokoh utama PAS yng den suka Allahyarham Fadzil Noor.semasa zaman penhujung dia,hampir terlaksana penyatuan diantara PAS & UMNO (bukan bergabung). beliau boleh berkongsi pentas dalam isu Palestin dengan Tun M.ianya anjuran PAS & beliau menjemput Tun M,satu langkah yang besar waktu itu..hati den berbunga2 je mase tu,bila tengok 2 pemimpin melayu bersatu dalam isu palestin..dans atu lagi jika kita semua masih ingat pada zaman pimpinan Allahyarham bab kutuk mengutuk dan mengaibkan dan fitnah-memfitnah nie kurang sangat..tp sekarang nie macam2 ader...kadang2 tu masing2 dah jadi macam Tuhan pulak "menjatuhkan Hukum kepada seseorang" sesuka hati,sedangkan saipa kita ni melainkan semuanya adalah hamba Nya. hanya keimanan yang Ikhlas kepada Nya yang hanya diketahui oleh Nya membezakan kita..

DAP :
-nie korang pikir2 la sendiri...tengokla rentak kera dapat bunga..klu korang suka jadi minoriti dalam majoriti sokongla sehebat-hebatnya...kalau bergasak lepas nie den takdo hal.. i follow jer, den dah cakap jgn cubit,dio nak cubit juo.

ermmm nape ek den tak terpikir pun ttg PKR?

PKR :
- ????? takdo tujuan selain dari nak naikkan Anuar jd PM..huahuahua apo punyo misi lah nie...nie jenis talam 500 muka dah bukan 2 muka lg..pikir2 la wahai Ummah,nilai lah ANnuar dengan fikiran dan akal fikiran yang bijak

2.10.09

UMNO ?? PAS?? @ BEBAS??

salam syawal kepada semua...

besok adalah hari penamaan calon bg prk dun bagan pinang... ianya sememangnya telah tradisi menjadi kubu kuat UMNO walaupun DUN sekitarnya dan parlimennya telah bertukar kepada pembangkang..
bagi UMNO dan PAS @ PR isu calon Tan Sri isa telah awal-awal digembar gemburkan sbg isu @ modal PR untuk kempen.... apakah ianya benar2 suatu isu @ strategi PR agar UMNO & BN meletakkan calon yg lain selain dr Tan Sri Isa?? PR memahami dan mengerti tentang kekuatan Tan Sri Isa di kampung halamanya sendiri..

3.9.09

DOA DIJAUHKAN DARI WABAK


petikan dari web http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/
Beliau adalah mantan Mufti Negeri Sembilan

19.8.09

Kemanisan Berzakat

Pengertian Dan Penjiwaan Di Dalam Amalan Berzakat Di Malaysia

1. Pendahuluan
Mengeluarkan zakat adalah perintah Allah swt ke atas setiap hambanya. Ini jelas terbukti di dalam firman Allah yang bermaksud : "Dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat" . Namun begitu kejayaan sistem zakat di dalam sesebuah negara itu banyak bergantung kepada kewujudan sebuah masyarakat Islam yang berjiwa Islam di dalam setiap aspek kehidupan mereka. Adalah tidak mungkin sesuatu aspek itu masih dipengaruhi oleh falsafah dan pendekatan yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam.

2. Ukuran Tahap Pengertian dan Penjiwaan Seorang Muslimin Terhadap Persoalan Zakat
Apa yang menjadi persoalan kita sekarang ialah wujud di kalangan masyarakat Islam di Malaysia beberapa sikap dan gelagat yang dapat dijadikan tanda sikap dan penjiwaan seseorang itu adalah bertujuan untuk memeriksa diri sendiri dan memastikan sama ada dirinya didapati bersalah memiliki mana-mana sikap dan gelagat yang akan ditimbulkan nanti.

Di antara sikap dan gelagat tersebut adalah seperti berikut :-
i) Angkuh Terhadap Undang-undang Allah
Wujudnya di kalangan masyarakat Islam di negara ini, golongan yang akan mematuhi perintah Allah SWT baik di dalam kitab suci Al-Quran ataupun As-Sunnah jika sekiranya perintah ini dimakrubkan dalam bentuk undang-undang negara, khususnya di dalam bentuk Akta Parlimen, Enakmen dan sebagainya. Bagi golongan ini selagi perintah dan suruhan Allah ini tidak terkandung dan termaktub di dalam undang-undang negara maka selagi itulah mereka tidak merasa gerun dan gentar serta bertanggungjawab untuk melaksanakan perintah Allah. Sikap yang sedemikian jelas menunjukkan kepada kita bahawa golongan ini lebih takut dan gentar kepada undang-undang buatan manusia daripada takut undang-undang Allah yang telah termaktub di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh itu siapakah yang akan membebani dosa walhal setiap orang Islam sudah pun mengetahui tentang kewajipan membayarnya? Apakah golongan ini meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah di bawah akta, enakmen dan undang-undang buatan manusia?

ii) Memandang Remeh Terhadap Zakat
Terdapat segolongan masyarakat Islam di Malaysia yang lebih takut dan bimbang bila tidak membayar cukai pendapatan, cukai perniagaan dan sebagainya dari takut membayar zakat sedangkan syarat-syarat telah dipenuhi. Menurut pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967 seksyen 6A(3) potongan rebet akan diberikan kepada pembayar zakat dari jumlah cukai yang dikenakan apabila dikemukakan resit pembayarannya bersama-sama dengan borang penyata ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).Satu persoalan yang timbul difikiran kita, mengapakah golongan ini tetap mementingkan pembayaran cukai sedangkan jumlah pembayaran zakat dapat ditolak sebagai rebet? Adakah jumlah zakat yang dibayar itu terlalu besar? atau Adakah denda tidak membayar cukai lebih berat dari azab dan siksaan Allah SWT di akhirat kelak? Oleh itu sama-samalah kita renungkan.

iii) Kurang Memahami Tentang Falsafah Zakat Yang Sebenarnya
Kita dapati minoriti masyarakat Islam di Malaysia yang menganggap kewajipan membayar zakat adalah satu perkara yang menyusahkan dan membebankan. Rata-rata mereka ini mempunyai fikiran yang sempit dan menyesatkan di mana pembayaran zakat boleh mengikis dan mengurangkan harta benda mereka. Mereka ini buta aqidah dan tidak mendapat cahaya Ilahi di mana mereka gagal untuk memahami pertumbuhan dan perkembangan pada harta yang dikaitkan dengan keberkatan yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Mereka dengan suara yang sombong mengatakan bahawa harta yang mereka miliki itu adalah semata-mata hasil dari usaha mereka sendiri dan tiada hubungan langsung dengan keredhaan Allah SWT.

iv) Gagal Menyempurnakan Amanah Allah
Terdapat segolongan masyarakat banyak menyoal apabila dinasihatkan supaya mengeluarkan zakat. Tabiat seumpama ini adalah didesak oleh terlalu cinta kepada harta serta sifat tamak, bakhil dan lupa pada kedudukan mereka yang sebenarnya iaitu sebagai pemegang amanah harta yang mana hak milik mutlak ada pada Allah SWT. Ini ternyata di dalam firmanNya yang bermaksud : "Dialah (Allah SWT) yang menjadikan bumi ini udah bagi kami sekalian, maka berjalanlah disegenap penjurunya dan makanlah dari rezekiNya dan kepadaNyalah tempat kembali". Dari maksud ayat tersebut dapatlah kita buat satu rumusan bahawa tiap individu itu mestilah bergerak dan memprosesnya sehingga ia dapat menggunakan utilitinya serta dapat dimanfaatkan.

v) Tidak Ikhlas
Segelintir orang muslim di negara kita yang mengambil tahu tentang hukum zakat, iaitu harta-harta tertentu. Misalnya kadar zakat bagi emas, jika nisabnya 85 gram yang mana kadar zakatnya ialah 2.5%. Sementara itu kadar zakat bagi jumlah lembu sebanyak 30 hingga 39 ekor ialah 1 ekor anak lembu setahun. Apa yang dikhuatiri mereka tidak ikhlas di dalam tindakan mereka di mana mereka ini cuba memastikan bahawa syarat-syarat yang dikenakan zakat tidak akan dipenuhi. Mereka mempunyai helah dan taktik iaitu sebelum cukup haul, mereka akan mengurangkan jumlah emas atau jumlah binatang ternakan mereka. Di zaman pemerintahan "Khulafa Arrasyiddin" iaitu di masa Saidina Abu Bakar memegang teraju pemerintahan negara Islam, beliau bertindak tegas terhadap golongan orang-orang yang enggan membayar zakat. Beliau telah memerintahkan bala tenteranya untuk memerangi orang-orang yang enggan membayar zakat di seluruh Semenanjung Tanah Arab dan merampaskan harta benda mereka. Langkah Saidina Abu Bakar telah berjaya menarik lebih ramai orang-orang yang berkemampuan untuk membayar zakat yang merupakan salah satu rukum Islam yang lima. Seterusnya telah berjaya mengukuhkan kedudukan ekonomi orang-orang Islam di mana sumber zakat adalah merupakan salah satu faktor yang penting di dalam fungsinya untuk membangunkan masyarakat Islam. Sebenarnya zakat adalah satu penyataan yang amali tentang nilai sebenarnya bagi ekonomi dan sebagai wasilah (cara) bukannya sebagai matlamat. Dengan kefarduan zakat, Islam telah memindahkan seorang mukmin dari sudut teori dan bimbingan ke arah perlaksanaan. Seorang pembayar zakat mukmin tidak hanya memandang ekonomi itu dalam bentuknya yang tulen tetapi ia menguruskannya dengan penuh kerelaan hati, dengan penuh kebebasan dan kemahuan dalaman sebagai sesuatu yang dimiliki sepenuhnya.

vi) Kurang Pengetahuan
Sebahagian masyarakat Islam di Malaysia hanya memikirkan zakat yang wujud adalah zakat fitrah sahaja. Di samping zakat yang wujud adalah zakat itu sebagai satu tradisi di bulan puasa. Mereka seolah-olah menafikan adanya zakat harta seperti zakat penggajian, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat emas, zakat ternakan dan sebagainya. Ada setengahnya pula mendakwa zakat harta ini tidak penting. Bagi menjamin pembangunan ekonomi masyarakat Islam kita tidak boleh bergantung kepada zakat fitrah sahaja sebab kadarnya adalah sedikit sahaja. Oleh itu zakat harta yang berfungsi sebagai fisikal mestilah beroperasi sepenuhnya supaya ia dapat menyumbangkan kepada pembangunan pembiayaan negara dan seterusnya dapat membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Islam di negara kita. Walau bagaimanapun objektif ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya selagi pemahaman dan penjiwaan masyarakat Islam yang berkenaan seperti hartawan, ahli-ahli perniagaan dan golongan ikhtisas hendaklah sedar bahawa harta yang mereka miliki itu adalah bersifat sementara sahaja. Hanya segelintir sahaja daripada mereka yang menunaikan kewajipan menyucikan harta mereka dengan berzakat berbanding dengan jumlah orang-orang Islam yang telah berjaya di dalam kerjaya masing-masing.

vii) Kegagalan Menjiwai Konsep Berzakat
Kewujudan sistem zakat tidaklah bermakna bahawa Islam menganggapkan kewujudan kemiskinan, kefakiran, kesusahan sosioekonomi dan sebagainya sesuatu yang wajar wujud di dalam mana-mana masyarakat. Sebenarnya tujuan bantuan zakat kepada asnaf yang lapan adalah bersifat jangka panjang. Seberapa yang boleh, bantuan zakat patut diberi dalam bentuk dan jumlah yang boleh membawa manfaat yang berterusan. Adalah diharapkan matlamat zakat ini dapat membantu supaya seseorang yang layak menerima wang zakat sehingga ia dapat menjadi seorang penyumbang zakat pada satu hari kelak.

3. Kesimpulan
Zakat adalah rukun Islam iaitu suatu yang wajib ditunaikan tanpa alasan. Di samping melakukan peribadatan kepada Allah SWT, zakat juga berfaedah kepada kepentingan umat Islam. Perlaksanaan zakat adalah satu kemestian atau kewajipan dan berdosalah orang yang telah mencukupi syarat-syarat jika sengaja tidak mahu menunaikannya.

petikan dari laman web Pusat Zakat Negeri Sembilan www.zakatns.com.my

18.8.09

Ramadhan datang lagi

salam semua.
Insyaallah 5 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. penghulu segala bulan kerana Allah memberi kita ketenagan untuk perut agar ianya dapat berehat selepas 11 bulan bekerja disiang hari.
Ramadhan juga sebagai peringatan kepada kita akan bagaimana rasenya kesusahan dan perasaan lapar golongan mereka yang miskin dan susah. ianya juga untuk mengajar kita agar tidak sombong dan bongkak dengan kesenangan yg dilimpahkan Nya kepada kita. Semoga kita akan sentiasa menjadi hamba yang taat kepada perintah dan larangan Nya.
so nanti jangan lupa bayar Zakat Fitrah, kat N9 harga fitrah RM 6.50 sama dengan tahun lepas.Insyaallah semoga kita semua mendapat keberkatan di dalam Kembara Hidup Ini.Insyaallah

Salam Perkenalan

salam perkenalan untuk semua

bersama-samalah kita menjaga kecihatan dan kebersihan diri sebagai langkah berjaga mencegah Wabak H1N1.
sesungguhnya ianya adalah ujian dan peringatan dari Allah s.w.t kepada seluruh hambanya di muka bumi ini